• Kembali
  • Komplikasi Diabetes Peringkat Akhir
Komplikasi Diabetes

Diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Ini kerana diabetes boleh menyebabkan kerosakan kepada saluran darah. Antara komplikasi yang berpunca dari kerosakan salur darah pesakit diabetes adalah penyakit mata (diabetic retinopathy), penyakit buah pinggang (diabetic nephropathy) dan juga penyakit saraf (diabetic neuropathy).

Selain itu, ia juga boleh mengakibat kan serangan jantung dan strok. Apabila aliran darah ke bahagian kaki terhalang, ia boleh mengakibat kan komplikasi yang dipanggil kaki diabetik di mana kaki pesakit diabetes mudah mengalami masalah luka yang sukar untuk sembuh. Ada masanya, untuk menghentikan penularan, sebahagian dari anggota kaki pesakit terpaksa di potong. Pesakit diabetes dengan bacaan gula yang tidak terkawal juga lebih berisiko untuk mendapat penyakit gusi. Sentiasa patuhi nasihat doktor, makan ubat diabetes anda dengan betul, jaga pemakanan, sentiasa bersenam dan jaga kebersihan bagi mengelakkan komplikasi diabetes.